Karier Shane Pow

Shane ialah bakat baru yang dicari oleh sebuah agensi keperagawanan, dia memulakan penggambaran fotografi seperti Kempen “Get Your Sexy Back” bagi menggalakkan minuman bertanggungjawab. Pada 2011, Shane mengejar impiannya dan menyertai pertandingan Manhunt Singapore 2011. Selepas ManHunt, Shane memperoleh watak dalam banyak drama tempatan. Kerja kerasnya terbayar apabila dia ditawarkan untuk menandatangani dengan MediaCorp sebagai artisnya. Watak kejayaannya datang pada 2012 sebagai B Niu (B牛) dalam drama tempatan It Takes Two. Dia juga dicalonkan untuk Pendatang Baru Terbaik dalam Star Awards 2013.[2] Dia perlahan-lahan menjulang kemasyhuran dan memperoleh watak-watak yang lebih signifikan dalam drama-drama seperti Love At Risk, Served Hot dan The Recruit diaries. Pada 2014, Shane berjinak-jinak dengan pengacaraan, dengan mengacara Cheap and Good dan juga Style Check-in 4.

Berkaitan